Kami Berada di : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Hubungi Kami : +6013-7671601

Rasulullah di Hati

Teman2 ku Yg Dikasihi Rasulullah s.a.w.

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 24

قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَٰنُكُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌۭ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍۢ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَـٰسِقِينَ.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Jasa dan pengorbanan Rasulullah boleh dirasai oleh jiwa yang mencintainya. Perut yang diikat dengan ketulan batu kerana menanggung kelaparan, sungguh menyentuh jiwa.

Wajah indah bagai bulan purnama tiba-tiba diludah, musuh agama tak pernah kita lupa kisahnya.

Tubuh yang sering membantu sesama insan terutama para fuqaraq tiba-tiba dicekik lelaki durjana, tanpa belas kasihan, bagai berlaku didepan mata.

Semuanya berlaku kepada Baginda, hanya kerana satu perkara iaitu ingin memastikan kita hari ini kenal Allah Maha Pencipta, tahu hormat ibubapa dan saling cinta sesama manusia.

Teman2ku Yang Disayangi Nabi..

Jom kita balas cintanya Nabi dengan mengamalkan sunnahnya dan bersolawat kepadanya. Kalau mahu makan dan minum bersama Nabi disyurga nanti, buatkan jamuan kepada si fakir miskin di dunia ini.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ…

اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)

 

Post a comment

Your email address will not be published.