Kami Berada di : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Hubungi Kami : +6013-7671601

Ibu Bapa Syurga Kita

 

Teman2 Yang disayangi Allah.. Allah berfirman dalam Al Quran:

 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ۝ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai umur tua dalam jagaanmu, maka janganlah kamu berkata ‘ah’ kepada mereka dan janganlah kamu menengking mereka, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.”

Teman2ku…

Ayah dan bonda dua insan yang menjadi asbab kelahiran kita ke dunia. Asbab mereka kita membesar dan dewasa. Asbab mereka kita pandai bertutur kata. Asbab mereka kita boleh berjalan dan bergerak ke merata dunia.

Teman2ku Yang Allah sayang…

الجنة تحت أقدام الأمهات

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”

Hadis itu benar, tapi jangan pula tersalah faham, sehingga hanya ibu disayangi dan ditaati namun ayahanda pula tidak dihormati. Hormat dan taat seharusnya untuk kedua-duanya bukan memilih untuk taat kepada salah seorang dari mereka sahaja.

Jika syurga di bawah kaki ibu, bapa juga adalah pintu syurga untuk kita masuki melaluinya.

Sabda Rasulullah s.a.w

الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ

“Bapa itu adalah pintu syurga yang paling tengah. Jika engkau mahu, sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia.”

Jika Ibu disayangi, ayah dihormati dan kedua-duanya ditaati serta dicintai, dengan izin Allah syurgalah tempat kita kembali.

 

Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)

 

Post a comment

Your email address will not be published.