Yayasan Mawar Pulau Pinang dengan mengecam sekeras-kerasnya kelulusan undang-undang oleh parlimen Israel yang menetapkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin. Ini adalah manifestasi penindasan berinstitusi berterusan yang menormalisasikan diskriminasi, menafikan keadilan sejagat dan mengheret rakyat Palestin ke arah kitaran keganasan yang lebih parah.
Kelulusan undang-undang ini memperlihatkan bagaimana hukuman mati digunakan sebagai alat politik dan intimidasi terhadap rakyat Palestin. Lebih membimbangkan, undang-undang ini berpotensi mengukuhkan diskriminasi sistemik dan meruntuhkan prinsip keadilan antarabangsa yang sepatutnya dilindungi oleh komuniti dunia termasuk Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu.
Yayasan Mawar Pulau Pinang menyeru:
- Semua negara, khususnya negara-negara Islam, untuk memutuskan hubungan diplomatik, ekonomi dan kerjasama strategik dengan Israel serta-merta sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman yang berterusan.
- Komuniti antarabangsa untuk mengenakan tekanan politik dan sekatan yang nyata bagi menghentikan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.
- Rakyat Malaysia dan masyarakat global untuk memperkukuh solidariti kemanusiaan serta memperhebatkan advokasi bagi mempertahankan hak rakyat Palestin.
Ust Ahmad Fahmi
Setiausaha Agung
Yayasan Mawar Pulau Pinang
KECAMAN KERAS TERHADAP UNDANG-UNDANG HUKUMAN MATI ISRAEL KE ATAS RAKYAT PALESTIN

Share This: