Sudan kini berada di titik tergelap:
Disaat dunia sering disajikan dengan berita peperangan di Gaza, Ukraine dan perang ekonomi yang dimulakan USA, kita terlupa kepada sahabat kita yang sedang bergelut di Sudan.
Mungkin ramai yang bahkan belum pernah mendengar negara yang bernama Sudan. Tahukah tuan2 Sudan sekarang sedang berada di titik tergelap dalam sejarahnya.
11 juta pelarian dan 61,000 kematian, 3000 dari jumlah kematian itu adalah kanak-kanak yang tidak berdosa dilaporkan setakat November 2024.
Dengan angka yang tinggi begini, namun sayangnya umat islam khususnya diseluruh dunia seakan tidak peduli dengan apa yang berlaku pada mereka disana. Corong-corong berita juga seolah dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibisukan mulut mereka dari menyampaikan kepada dunia keadaan sebenar mereka. Dibunuh, diseksa, dirogol, dimalukan didepan khalayak, anak2 kecil terbunuh semuanya berlaku dengan dahsyat disana. Namun kita hanya mampu membungkam tanpa berkata apa. Lupakah kita mereka juga saudara seakidah kita? 91% penduduk mereka beragama islam! Tidak cukupkah ia menjentik hati kita untuk membantu mereka?
Tahun 2024 saya direzekikan kesana membawa sedikit bantuan yang dimanahkan orang ramai buat mereka disaat banyak organisasi menghentikan sementara bantuan . Begitu banyak kisah yang disajikan buat kami disana, kesusahan mereka ditatap sendiri dengan 2 mata yang Allah berikan. Hati sayu sudah tentu. Cuba dibayangkan seorang ibu dengan seorang anak autisme dan seorang anak cerebral palsy lari keluar dari medan perang mencari tempat selamat tanpa suami yang keberadaannya tidak tahu dimana, masih hidup atau sudah mati? Hanya Allah yang mengetahui.

Saat sedang kami melayan ibu 2 anak ini datang sosok kecil menghampiri dengan senyuman, bila dilihat kakinya yang tempang dan bertongkat terus saja soalan dimana ibu dan ayah kami ajukan? Apa jawapannya? “ tak tahulah, waktu saya lari naik bas kesini mak dan ayah tak ada. Saya seorang sahaja yang naik bas dengan orang lain” anak diumur lingkungan 7-8 tahun tidak tahu dimana ibu dan ayah. Masih hidup atau sudah kembali ke sisi Rabbi? Hanya Allah yang mengetahui.
Disaat kita sibuk mempertikai mengapa lencana bendera Malaysia harus dipakai anak-anak disekolah dan mengapa yang diberi percuma itu sejenis jarum?! Disana mereka sedang runsing memikirkan kemana tempat hendak mereka belajar, sekolah-sekolah kini dijadikan penempatan pelarian, nak belajar? Hanya beralaskan tanah, beratapkan langit , berkipaskan deruan angin. Begitulah betapa gelapnya kehidupan mereka disana. Adakah kerana mereka berbangsa kulit hitam kita lupakan mereka? Lupakah kita bilal yang kulitnya hitam itu hatinya lebih mulia dari kita yang merasa diri ini mulia. Adakah kerana mereka negara miskin dan tak dikenal lalu kita sisihkan mereka? Bukankah Agama menggalakkan kita membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa , agama dan warna kulit.

Jangan jadi umat yang hanya memejam mata saat saudara kita diseksa! Cukuplah , sudah lama mata kita ditutupi dengan pandangan yang berkulit hitam itu bangsa yang kolot. Mereka hitam kulitnya namun begitu jernih akhlaknya, begitu putih hatinya.
Jom kita sebarkan kesedaran kepada semua agar mereka dapat melihat sedikit gemerlapan cahaya setelah lama berada dalam kegelapan.
Ustaz Farwah bin Ahmad Fahmi
Pengurus
Mawar Aid
Yayasan Mawar Pulau Pinang
Sudan Berdarah, Dunia Berdiam – Di Mana Solidariti Ummah?

Share This: