Kami Berada di : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Hubungi Kami : +6013-7671601

Anak-anak Penyejuk Mata

 

Teman2 ku Yg Dikasihi Allah..

Diantara doa yang sering dipanjatkan ialah:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sedar atau tidak tiga komponen penting sebuah keluarga adalah ayah, ibu dan anak2. Keluarga bahagia tercipta jika anak2 menyejukkan hati ayahbonda. Namun harus diingatkan, jika ayahbonda inginkan anak2 yang menyejukkan hati, apakah anak2 tidak perlu ayahbonda yang menyejukkan hati mereka?

Teman2ku yg dihormati,

Sejukkan hati anak2mu dengan kasih sayang dan ketegasanmu. Dengan itu, in sha Allah anak2mu akan menyejukkan hatimu, malah menyejukkan kuburmu dengan doa2 dan amal soleh mereka.

Indahnya, saat kita di alam barzakh dan sudah tiada teman bicara, tiba2 datang malaikat membawa bungkusan hadiah dan sedekah dari anak2 tercinta.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ:
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya:

“Apabila manusia meninggal dunia, terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.”

Dalam hadis yg lain,

Sesungguhnya Allah benar-benar mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di dalam syurga. Lalu dia berkata: ‘Wahai Tuhanku, bagaimana aku memperoleh (darjat) ini?’ Allah menjawab: ‘Dengan sebab istighfar anakmu untukmu.’”

Dalam hadis yang lain disebutkan..

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ bahawa ibunya meninggal secara mengejut dan tidak sempat berwasiat sedekah. Adakah jika dia bersedekah bagi pihak ibunya, ibunya mendapat pahala?
Baginda menjawab:

“Ya.”

Sahabat2ku…

Jom cintai anak2 kita agar hati mereka bahagia(sejuk) dengan kehadiran kita kerana dengan asbab itu mereka pula akan menjadi anak2 yang menyejuk kehidupan dan kematian kita..

Ameen ya Rabbal’alamin…

 

 

Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)

 

Post a comment

Your email address will not be published.