Teman2 ku Yg Dikasihi Allah..
Nabi Ibrahim a.s berdoa :
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Guru adalah murabbi(pendidik) meliputi 3 tugasan penting iaitu mengajar, menjadi contoh teladan dan menuntun hati agar kenal Allahu Robbi.
Siapa pun kita hari ini, kita tetap bergantung kepada orang lain untuk mengajar dan mendidik anak2 kita.
Tahukah kita siapa yang akan menjadi guru kepada anak2 kita? Pastinya kita tak tahu siapakah bakal menjadi guru anak2 kita. Oleh itu seringlah berdoa agar Allah berikan guru terbaik utk anak2 kita.
Sahabat2 sekalian,
Dalam hidup kita, pasti ada guru yang pernah mengajar dan mendidik kita. Di mana mereka hari ini? Adakah mereka masih hidup atau sudah ke alam baqa’? Kita hari ini, adalah hasil dari kesabaran mereka mendidik kita. Mereka adalah ibarat ibubapa kedua buat kita.
Ada satu ungkapan menarik untuk kita hayati:
مَنْ لَمْ يُحْسِنْ أَدَبَهُ مَعَ أُسْتَاذِهِ لَمْ يَذُقْ حَلَاوَةَ الْعِلْمِ
Maksudnya:
“Sesiapa yang tidak beradab dengan gurunya, dia tidak akan merasai manisnya ilmu.”
Jagalah wibawa guru kita dan layanilah mereka dengan sebaik2 layanan kerana Abdullah bin Abbas pernah berkata saat beliau ditegur kerana menuntun tali tunggangan Zaid bin Tsabit,
هَكَذَا أُمِرْنَا أَنْ نَفْعَلَ بِعُلَمَائِنَا
Demikianlah kami disuruh memuliakan orang2 alim kami.
Teman2 ku sekalian..
Jom kita kirimkan serangkap doa untuk guru2 kita.
” Ya Allah jika guru2 kami masih ada didunia ini, berkatilah hidup mereka dan jika mereka sudah tiada, maka engkau ampunilah mereka.”
Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)
Guru Murabbiku

Share This: