Kami Berada di : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Hubungi Kami : +6013-7671601

Saudaraku

 

Saudara2 ku Yg Dikasihi Allah..

Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.”

Rasulullah s.a.w pula bersabda :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya.”

Teman2ku sekalian,

Pertemanan dan persaudaraan kita bukan kerana suka-suka atau sebuah permainan tanpa hubung kait dengan keimanan.

Tahap keimanan diukur dengan tahap persaudaraan sesama kita. Lantaran itu, tiada syurga untuk mereka memutuskan persaudaraan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”

Perkukuhkan persaudaraan bukan permusuhan. Hidupkan kasih sayang bukan kebencian. Dengan itu, kita akan bertemu disyurga Tuhan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا…

Maksudnya:
“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman (sempurna) sehingga kamu saling berkasih sayang…” (Riwayat Muslim)

Ikatan persaudaraan kerana Allah sesama kita, pembawa syafaat di akhirat. Saudaramu yang dahulunya duduk bersama berbuka puasa akan menjadi saksi dan mensyafaati kita saat kita kesusahan di sana.

فَيَقُولُونَ: رَبَّنَا إِخْوَانُنَا، كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَنَا، وَيَصُومُونَ مَعَنَا، وَيَعْمَلُونَ مَعَنَا…

Orang-orang beriman berkata:

“Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan beramal bersama kami…”

Maka Allah berfirman:

اذْهَبُوا فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ دِينَارٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ…

“Pergilah kamu, sesiapa yang kamu dapati dalam hatinya ada iman walau seberat dinar, maka keluarkanlah dia (dari neraka).”

 

Oleh itu, wahai teman2ku, jom kita solat berjemaah, berbuka puasa berjemaah, makan berjemaah, banyakkan amal secara berjemaah, kerana berjemaah tanda sebuah ukhwah, dengan ukhwah kita beroleh syafaah dan akhirnya ke syurga Allah… Ameen ya Rabbal’alamin..

 

Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)

 

Post a comment

Your email address will not be published.