Kami Berada di : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Hubungi Kami : +6013-7671601

Sayangi Pekerja, Barakah Pada Harta

 

Tuan puan Yang Mulia,

Mengwujudkan sesuatu pekerjaan agar orang lain dapat tumpang rezeki bersama, merupakan amalan yang sangat mulia. Dengan pekerjaan yang disediakan, pasti menjadi khabar gembira kepada sebuah keluarga.

Bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah ﷺ bersabda:

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا، أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا…

Maksudnya:

“Manusia yang paling dicintai Allah ialah yang paling bermanfaat kepada manusia. Dan amalan yang paling dicintai Allah ialah kegembiraan yang kamu masukkan ke dalam hati seorang Muslim, atau kamu hilangkan kesusahannya, atau kamu selesaikan hutangnya, atau kamu hilangkan kelaparannya…”

Sahabat2ku Yang dikasihi,

Jika seorang pekerja menumpang kebaikan kita, janganlah pula kita menzaliminya. Gaji yang dijanjikan, bayarlah sesuai dgn yang dijanjikan kerana padanya ada keberkatan.

إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ، جَعَلَهُمُ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ، فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ، فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ، وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ، وَلَا تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ، فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
Maksudnya:

Pekerja-pekerja kamu adalah saudara kamu. Allah letakkan mereka di bawah tanggungjawab kamu. Maka berilah mereka makan seperti kamu makan, pakaian seperti kamu pakai. Jangan bebankan mereka dengan sesuatu yang mereka tidak mampu. Jika kamu bebankan juga, bantulah mereka.”

( Bukhari & Muslim)

Kejujuran kita dalam menyantuni para pekerja seharusnya didasari dengan sifat kemanusiaan dan kejujuran yang tinggi. Jangan kita bermewah megah dengan keringat pekerja bawah, tanpa memikirkan gaji yang diberi terlalu rendah.

Kisah tiga orang yang terperangkap dalam sebuah gua seharusnya menjadi pedoman kepada kita semua, yang bergelar majikan. Asbab kejujurannya terhadap pekerja, pintu gua terbuka untuk mereka keluar dari kesempitan dan kegelapan gua.

Begitulah juga, kesempitan dan kegelapan hidup seorang majikan akan diluas dan dibarkahi Allah s.w.t dgn asbab kebajikan pekerja dijaga.

Maksud hadisnya :

“Ya Allah, aku pernah mempunyai beberapa orang pekerja. Aku telah memberikan upah mereka kecuali seorang yang meninggalkan upahnya dan pergi. Lalu aku mengembangkan upahnya sehingga menjadi harta yang banyak. Kemudian dia datang kepadaku selepas suatu masa dan meminta upahnya. Aku berkata: Semua yang kamu lihat daripada unta, lembu, kambing dan hamba adalah daripada upahmu. Dia menyangka aku mempermainkannya, tetapi aku menegaskan aku tidak bergurau. Maka dia mengambil semuanya tanpa meninggalkan sedikit pun. Ya Allah, jika aku lakukan itu keranamu, maka lepaskanlah kami dari kesempitan ini.”

Semoga Allah berkati para pekerja dan majikan diluar sana.

 

 

Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)

 

Post a comment

Your email address will not be published.