Sahabat2 ku Yg Dikasihi Allah..
Allah yang Maha penyayang suka kepada orang yang penyayang. Oleh itu sayangilah pasangan halalmu.
Firman Allah s.w.t
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
Maksudnya :
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri supaya kamu merasa tenang kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan).”
(al-Rum: 21)
Kehidupan bertemankan pasangan suami dan isteri adalah kehidupan awal di syurga. Seindah indah syurga kalau tanpa teman hidup segalanya terasa hambar.
Lantaran itu Nabi Adam a.s diciptakan untuknya seorang isteri saat berada di syurga. Sekalipun Allah boleh mencipta bidadari untuknya sebagai teman, namun isteri dari kalangan insan juga menjadi pilihan Tuhan.
Kepada yang sudah berpasangan, hargailah pasangan yang mendampingimu. Semoga ianya kekal hingga ke syurga.
Kepada yang bergelar isteri, saya titipkan hadis Nabi,
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya:
“Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktunya, berpuasa Ramadannya, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu mahu.”
(Riwayat Ahmad)
Kepada teman2ku yang bergelar suami, saya nukilkan Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Maksudnya:
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Indahnya hidup dgn rukun dan damai dan lebih indah lagi, jika kita berpegangan tangan masuk ke syurga Allah.
Namun seharusnya diingatkan agar kedua-duanya menjadi pasangan yang soleh kerana hanya yang soleh saja bisa beriringan ke syurga.
Firman Allah
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍ
سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
“(Iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang yang soleh daripada kalangan bapa-bapa mereka, pasangan mereka dan keturunan mereka. Dan para malaikat masuk menemui mereka dari setiap pintu (sambil berkata):
‘Salam sejahtera atas kamu kerana kesabaran kamu.’ Maka alangkah baiknya balasan negeri akhirat itu.” (Ar Ra’d : 23-24)
Semoga teman2ku berkekalan cinta penuh barakah hingga ke syurga Allah… Ameen ya Rabbal’alamin
Penulis : Ustaz Ahmad Fahmi bin A Bakar (Abu Farwah)
Cinta Suami Isteri Barakah

Share This: